Health Centre UPSI no.1

PUSAT KESIHATAN UPSI

 

Pusat Kesihatan terletak di pintu selatan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Pusat Kesihatan ini bertanggungjawab untuk memberikan kemudahan perubatan dan rawatan kesihatan yang optima kepada para pelajar Universiti. Pusat Kesihatan terdiri daripada lima(5) unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Perubatan, Unit Kesihatan Awam, Unit Diagnostik dan Farmasi dan Unit Pergigian.

PELANCARAN kEMPEN ANTI MEROKOK UPSI

 

JUN 2018, Pusat Kesihatan telah mengadakan perasmian Kempen Taknak Merokok yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris,  Professor Dato’ Dr Mohammad Shatar Sabran. Pusat Kesihatan UPSI telah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok dimana Klinik ini bertujuan untuk memberi motivasi dan perkhidmatan pemantauan untuk berhenti merokok kepada pelajar dan kakitangan UPSI.