PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN PUSAT KESIHATAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional dan berorientasikan pelanggan seperti berikut ;

  1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh 5 minit.
  2. Pelanggan akan dilayan (triaging) dalam tempoh 15 minit selepas pendaftaran.
  3. Konsultasi dilayan dalam tempoh 90 minit mengikut giliran dalam keadaan/kes biasa. (Keadaan biasa adalah kes pesakit luar yang tidak termasuk:
  • Kes khas
  • Kes kecemasan
  • Kekurangan Pegawai Perubatan / Penolong Pegawai Perubatan)
  1. Ubat-ubatan akan didispens mengikut preskripsi dalam jangka waktu 30 minit selepas pendaftaran di kaunter Farmasi bagi kes pesakit luar.
  2. Pesakit yang memerlukan ujian makmal akan dilayan dalam tempoh 30 minit.
  3. Kes kecemasan dan kritikal akan diberi keutamaan dan dilayan serta merta.
  4. Pemantauan kawalan vektor dan premis makanan di kampus universiti dilakukan 6 kali setahun.
  5. Rawatan pergigian akan dilayan dalam tempoh 120 minit mengikut giliran dalam keadaan/kes biasa. (Keadaan biasa adalah kes pesakit luar yang tidak termasuk:
  • Kes kecemasan
  • Kekurangan PegawaiPergigian)
  1. Aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.

Loading