BAU BADAN

Bau Badan

 

Apakah yang dimaksudkan

dengan bau badan?

  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalahpunca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapajenis makanan seperti bawang putih dan kari

 

Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan

 

Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi

 

Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah baubadan?

  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

 

Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah baubadan?

Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:

  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

 

 

Semakan akhir: 17 Januari 2007

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BAUBADAN.pdf

Loading

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *