Bau Badan
Apakah yang dimaksudkan
dengan bau badan?
- Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalahpunca yang menyebabkan badan berbau
- Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapajenis makanan seperti bawang putih dan kari
Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?
- Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
- Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan
Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?
- Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
- Bau badan hilang selepas mandi
Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah baubadan?
- Gunakan sabun anti bakteria
- Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah baubadan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:
- Kerapkan mandi
- Selalu menukar pakaian
- Memakai pakaian yang bersih
- Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
- Mencukur bulu ketiak
- Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari
Semakan akhir: 17 Januari 2007
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BAUBADAN.pdf